˄

Produk 1K1P ialah aktiviti perekonomian berupa produk atau perkhidmatan yang diterajui oleh mana-mana MPM/MPK dan memenuhi salah-satu daripada tiga (3) kaedah yang telah ditetapkan berikut adalah diktiraf sebagai ‘Produk 1K1P’ iaitu:

DIUSAHAKAN OLEH MPM/MPK
Produk atau perkhidmatan hasil usaha MPM/MPK sendiri dan dilaksanakan secara berterusan di bawah Jawatankuasa Perekonomian setempat; atau

KAEDAH MERAIH 
Sekiranya produk atau perkhidmatan tidak diusahakan oleh MPM/MPK, maka MPM/MPK bolehlah menggunakan kaedah meraih atau mengumpulkan produk tersebut secara berterusan daripada seorang atau lebih pengusaha melalui perjanjian. Seterusnya, MPM/MPK akan membuat tambahnilai kepada produk termasuklah pembungkusan sebelum ianya dipasarkan; atau

KAEDAH USAHASAMA 
MPM/MPK mengadakan usahasama dengan mana-mana individu atau syarikat bagi menaja modal untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang bersesuaian untuk dijadikan produk 1K1P.